Warna Hidupku
Posted by HASNORWANI ... | Labels: Warna Cinta | Posted On Tuesday, July 5, 2011 at 7/05/2011 09:26:00 PM
Kekadang hidup ini terasa kelam kelabu...
Mendung segelap awan memberat hendak menjatuhkan kantungnya...
Namun hidup juga boleh jadi seceria pelangi
Seindah bayangan gerak tari Sang Rama-Rama mengalun sayapnya
Cinta kita juga penuh dengan warna!
Adakala kecewa menyapa..
Terkadang sedih mengundang...
Tak terkecuali jua riang bersama....
Walau apa pun terjadi...
Ingatlah setiap yang indah mahupun sebaliknya,
Semua itu adalah dari-Nya..
Boleh jadi, yang indah itu ujian di kala gembira...
Dan yang duka itu juga dugaan kita sebagai hamba-Nya yang sering terleka...
Terimalah seadanya..
Berusaha sebaiknya memelihara cinta..
Jangan hingga terabai CINTA UTAMA
Moga kita sentiasa di alam CINTA
Penuhi hidup dengan CINTA!
:. Cintailah CINTA
** Eh, ada pula yang tulis nama ku Hasno Awani...
Haisyyyy...
(Mesti dia tengah tengok astro awani agaknya masa tulis nama ku itu)
merah menyala jantungku degup pantas kernamu..
haru biru fikiranku bila kau pergi jauh..
kehadiranmu mewarna kehidupanku..
cewahh.. haha..
bila la mahu ketemu pelengkap hidupku ini.. heheh..
biar lmbt asal slmt dan tepat!
Mencari persis Nur Amina mungkin!
mengenali posisi diri
Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar
Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu